Masalah Ereksi
Sukar mendapatkan atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan intim.
Ketahui lebih lanjut
Semak Slot
Ereksi semakin sukar atau tidak bertahan lama. Tenaga cepat habis. Kawalan ejakulasi berubah. Keinginan bersama pasangan juga semakin berkurang. QMen Wellness membantu anda memahami apa yang sedang berlaku dan menentukan langkah seterusnya.
PERUBAHAN YANG SERING DIABAIKAN
Pulang kerja terasa lebih penat daripada biasa. Mood untuk bersama pasangan semakin berkurang. Sesekali, ereksi tidak menjadi seperti yang diharapkan.
“Mungkin aku terlalu penat.”
“Mungkin sebab tekanan kerja.”
“Esok atau lusa okeylah tu.”
Tetapi apabila perkara yang sama mula berulang, ia bukan lagi sekadar satu malam yang kurang menjadi. Ia mula bermain dalam fikiran.
APABILA FIKIRAN MULA MENGAMBIL ALIH
Sebelum bersama pasangan, anda mula tertanya-tanya sama ada ereksi akan menjadi atau tidak. Semakin anda memikirkannya, semakin sukar untuk bertenang.
“Bukan kerana tidak mahu bersama pasangan. Tetapi kerana tidak mahu berdepan dengan perasaan gagal sekali lagi.”
MASALAH UTAMA
PERUBAHAN YANG MUNGKIN DIALAMI
Ereksi melibatkan beberapa sistem badan yang bekerja bersama, termasuk aliran darah, saraf, hormon, emosi, ubat dan gaya hidup. Sebab itu, masalah yang sama tidak semestinya mempunyai punca yang sama bagi setiap lelaki.
Setiap perubahan memberi petunjuk berbeza. Pilih perkara yang paling hampir dengan pengalaman anda.
Sukar mendapatkan atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan intim.
Ketahui lebih lanjutEjakulasi berlaku lebih awal daripada yang diingini, sukar dikawal atau mula menimbulkan tekanan kepada diri dan pasangan.
Ketahui lebih lanjutKurang berminat untuk bersama pasangan, kurang ereksi spontan atau tidak lagi mempunyai dorongan seperti dahulu.
Ketahui lebih lanjutCepat letih, sukar fokus, pemulihan semakin perlahan atau terasa seperti kehilangan semangat untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan.
Ketahui lebih lanjutMATLAMAT SEBENAR
Bersama pasangan tanpa terlalu banyak berfikir
Lebih yakin dengan respons badan sendiri
Memahami faktor yang mempengaruhi prestasi
Membuat keputusan berdasarkan penilaian, bukan andaian
Keyakinan sebenar bermula apabila anda memahami tubuh sendiri.
PROSES QMEN
Penilaian dibuat mengikut keperluan individu—tanpa andaian dan tanpa jalan pintas.
Kongsikan simptom, tempoh masalah, kesihatan semasa dan perkara yang paling membimbangkan anda.
Faktor fizikal, gaya hidup, emosi, ubat dan hormon dinilai mengikut keperluan.
Dapatan diterangkan dalam bahasa mudah sebelum sebarang pilihan dibincangkan.
Respons dan perkembangan dinilai semula supaya langkah seterusnya boleh disesuaikan.
LANGKAH PERTAMA
Anda tidak perlu mengetahui semua jawapannya sekarang. Mulakan dengan satu perbualan secara sulit bersama QMen Wellness.
WhatsApp QMen Wellness Sulit Profesional Tanpa menghakimi